{"id":7688,"date":"2015-11-07T17:48:48","date_gmt":"2015-11-07T09:48:48","guid":{"rendered":"http:\/\/weiling-gallery.com\/gallery\/?post_type=portfolio&amp;p=7688"},"modified":"2015-11-07T17:48:48","modified_gmt":"2015-11-07T09:48:48","slug":"okir-papar-falsafah-pemikiran-masyarakat-melayu-oleh-azman-ismail","status":"publish","type":"portfolio","link":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/portfolio-item\/okir-papar-falsafah-pemikiran-masyarakat-melayu-oleh-azman-ismail\/","title":{"rendered":"Okir papar falsafah pemikiran masyarakat Melayu oleh Azman Ismail"},"content":{"rendered":"<div id='artists-title'  class='avia-section av-av_section-142ff43b7600746a6e970fde5cf91c57 main_color avia-section-default avia-no-border-styling  avia-builder-el-0  avia-builder-el-no-sibling  avia-bg-style-scroll  container_wrap fullsize'  ><div class='container av-section-cont-open' ><main  role=\"main\" itemprop=\"mainContentOfPage\"  class='template-page content  av-content-full alpha units'><div class='post-entry post-entry-type-page post-entry-7688'><div class='entry-content-wrapper clearfix'>\n<div class='flex_column av-av_one_full-2a9015ff38129c418a3f2eafba3e9512 av_one_full  avia-builder-el-1  avia-builder-el-no-sibling  first flex_column_div '   ><section class=\"av_textblock_section \"  itemscope=\"itemscope\" itemtype=\"https:\/\/schema.org\/CreativeWork\" ><div class='avia_textblock  '  style='font-size:14px; '  itemprop=\"text\" ><p><span style=\"font-family: open sans thin; font-size: 25px; line-height: 24px; letter-spacing: 1px; color: #333333;\">Utusan Malaysia, 24 September 2007<br \/>\nOkir papar falsafah pemikiran masyarakat Melayu<br \/>\noleh Azman Ismail<\/span><\/p>\n<div style=\"font-size: 14px; line-height: 24px; color: #666666; text-align: justify;\">\n<div id=\"attachment_7689\" style=\"width: 310px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/weiling-gallery.com\/gallery\/wp-content\/uploads\/2015\/11\/okir-news-a1.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-7689\" class=\"size-full wp-image-7689\" src=\"http:\/\/weiling-gallery.com\/gallery\/wp-content\/uploads\/2015\/11\/okir-news-a1.jpg\" alt=\"MUHD. JUHARI Muhd. Said bersama-sama karya-karyanya pada pameran solo Okir yang diadakan di Galeri Wei-Ling, Kuala Lumpur hingga 17 Oktober ini.\" width=\"300\" height=\"225\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-7689\" class=\"wp-caption-text\">MUHD. JUHARI Muhd. Said bersama-sama karya-karyanya pada pameran solo Okir yang diadakan di Galeri Wei-Ling, Kuala Lumpur hingga 17 Oktober ini.<\/p><\/div><\/p>\n<p>AYAM dalam kehidupan masyarakat Melayu dan Nusantara tradisional sangat erat. Haiwan tersebut menjadi elemen atau simbol yang mewakili pemikiran dan proses kehidupan mereka.<br \/>\nAkhirnya daripada permerhatian terhadap haiwan tersebut melahirkan simpulan bahasa, perumpamaan dan sebagainya yang kekal hingga ke hari ini.<br \/>\nHaiwan itu telah melahirkan pepatah dan simpulan bahasa seperti cakar ayam, kaki ayam, ajak-ajak ayam, tidur-tidur ayam serta sekitar 16 lagi perumpamaan berhubung haiwan itu dalam masyarakat Melayu tradisional.<br \/>\nNamun, persoalannya, haiwan tersebut sering diberi label yang negatif walaupun keterdekatannya dengan masyarakat Melayu tradisional begitu erat. Ia seolah-olah ayam adalah binatang yang pengotor dan sebagainya.<br \/>\nNamun, di sisi lain, ayam mempunyai keunikannya tersendiri. Bukan sahaja daripada struktur fizikalnya tetapi mampu melontarkan falsafah dan kerangka pemikiran masyarakat yang memeliharanya.<br \/>\nPersoalan falsafah dan kerangka pemikiran inilah yang cuba diketengahkan oleh pelukis Muhd. Juhari Muhd. Said dalam pameran solo terbarunya, Okir yang berlangsung di Galeri Wei-Ling, Kuala Lumpur hingga 17 Oktober ini.<br \/>\nNamun, adakah karya-karya terbaru Muhd. Juhari tersebut merupakan sebuah pemberontakan? Ini dapat dilihat dari dua aspek; Pertama, imej negatif terhadap binatang itu yang sering dilabelkan oleh masyarakat Melayu.<br \/>\nKedua, ia seolah-olah membantah tentang kemusnahan beberapa spesies-spesies tertentu ayam seperti ayam hutam akibat pertembungan hegemoni yang dicetuskan di atas nama pembangunan.<br \/>\nPada masa yang sama, beliau cuba menunjukkan bahawa seni tampak dapat dipersembahkan dalam pelbagai perspektif dan medium termasuk menggunakan ukiran kayu.<br \/>\nDewasa ini di Malaysia, kita berada dalam satu wacana yang membicarakan tentang apa itu seni yang akhirnya menimbulkan perdebatan. Agak malang, ia berakhir dengan perbezaan kriteria seni itu sendiri.<br \/>\nSebenarnya perbezaan dan pemecahan pengertian ini tidak pernah disedari oleh pengkritik-pengkritik seni tampak tempatan, misalnya kewujudan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di Universiti Teknologi Mara (UiTM).<br \/>\nIstilah seni lukis dan seni reka dipecahkan berdasarkan kepada dua pengertian, padahal kedua-duanya bertitik-tolak di atas satu landasan seni.<br \/>\nPerbezaan tersebut mungkin bermula daripada perdebatan antara pemikir, Theodore Adorno dan Walter Benjamin sejak awal 1980-an di Eropah.<br \/>\nSeni dan seni reka pada masa itu dipisahkan oleh pengertian seni tinggi dan seni rendah. Dalam seni tinggi ini, seorang seniman tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor eksternal dalam menciptakan sebuah karya seni. Sedangkan seni rendah adalah seni yang dalam penciptaannya dipengaruhi oleh faktor eksternal.<br \/>\nAdorno menganggap seni harus berbeda dengan seni lain. Ia harus mempunyai sesuatu nilai yang autonomi. Pandangan itu dibahas dengan terperinci dalam tulisannya Culture Industry yang membezakan antara seni tinggi dan seni rendah.<br \/>\nOleh demikian seni yang memiliki nilai \u2018tinggi\u2019 itu tidak sekadar menjadi sebuah komoditi kerana sebuah karya atau benda dalam bentuk skala besar akan menghancurkan semangat humanisme.<br \/>\nPola produksi barang yang menjadi komoditi adalah pola yang ditentukan oleh seseorang pengeluar sehingga apa yang dipilih oleh masyarakat luas tidak sepenuhnya berdasarkan kehendak mereka.<br \/>\nSebaliknya, Benjamin menganggap pola tersebut adalah bentuk penggiat seni tampak yang berfikiran sempit dan berorientasi pada elitisme seni.<br \/>\nSebagai pelukis yang berpengalaman lebih 25 tahun, Muhd. Juhari cuba mengelakkan perdebatan tersebut tanpa beliau sendiri menyedarinya.<br \/>\nSetelah menekuni karya pada dada kanvas sekitar dua dekad, Okir merupakan keterbukaan seni Muhd. Juhari untuk menyatakan setiap unsur di muka bumi ini adalah objek seni. Juga, tidak ada konsep elistisme dalam seni.<br \/>\nSesiapa sahaja boleh berkarya dengan medium yang disukai. Mitos elitisme seni tersebut diketepikan. Di permukaan kepingan kayu, beliau mengeksploitasi makna dan falsafah ayam, sekali gus memperlihatkan nilai-nilai intelektual masyarakat Melayu tradisional.<br \/>\nKenyataan visual menggunakan subjek ayam itu pastinya sebuah perspektif lain daripada makna haiwan itu dalam konteks pemikiran segelintir masyarakat Melayu tradisional di Nusantara.<br \/>\nPerkembangan awal di Nusantara menunjukkan bahawa ayam turut digunakan dalam pemujaan dan kemudian pada jenis kegiatan keagamaan yang lain.<br \/>\nKalau memetik pandangan Walter Benjamin, sesebuah karya seni itu sendiri turut merupakan sebahagian daripada proses ritual. Misalnya, lukisan pada dinding gua adalah objek pemujaan.<br \/>\nDalam tulisannya, The Work Of Art In The Age Of Mechanical Reproduction, Benjamin mengatakan bahawa pada prinsipnya sebuah karya seni tampak selalu bermula dengan pemikiran masyarakat.<br \/>\nJusteru Muhd. Juhari melihat ayam sebagai sebuah wacana intelektual dan keilmuan Melayu yang bernilai tinggi. Ayam sama ada jantan atau betina merupakan manifestasi daripada jiwa, pemikiran dan mungkin juga proses ritual masyarakat Melayu tradisional.<br \/>\nDari aspek pendekatan kreatif, ada unsur spontaniti pada karya-karyanya. Ia tentunya berkaitan dengan nilai-nilai kesederhanaan dan latar belakang beliau sewaktu kanak-kanak yang membesar di Kampung Sungai Itik, Gopeng, Perak.<br \/>\nAyam yang menjadi sosok kreatifnya, diciptakan dalam bentuk sisi-sisi yang terpotong-potong belaka. Ia mendekati gaya abstrak ekspresionisme iaitu tidak ada gambaran subjek secara utuh.<br \/>\nNamun, dengan lorekan-lorekan warna pada ukiran yang kontra membentuk bulu ayam (kadang-kadang hanya gambaran kepala) sudah cukup untuk memberi pemahaman kepada khalayak.<br \/>\nLalu, kenapa Muhd. Juhari hanya mengukir hanya bulu-bulu ayam, moncong atau sekadar kepala? Ayam sudah terlalu dekat dalam masyarakat Nusantara dan dalam konteks desa, ayam adalah binatang yang paling banyak diternak.<br \/>\nDengan hanya sehelai bulu sahaja, seseorang dapat membayangkan bagaimana rupa, bentuk dan karakter-karakter seekor ayam.<br \/>\nKenyataan Muhd. Juhari melalui seekor ayam dalam karya terbarunya itu mengingatkan kita pada novel yang sangat menarik karya George Orwell, Animals Farm.<br \/>\nMelalui binatang-binatang, Orwell, mengkritik sosialisme dengan mengolah fakta tentang aliran itu dengan sempurna sambil menunjukkan kelemahan-kelemahannya.<br \/>\nOrwell membuktikan bahawa haiwan-haiwan menyediakan begitu banyak karakter untuk memperluas dan memperdalam renungan serta kritikan terhadap sesuatu isu.<br \/>\nPersoalan inilah yang cuba diperkatakan oleh Muhd. Juhari. Ayam bukan sahaja memaparkan estetika tetapi merupakan sebuah wacana pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu.<\/p>\n<\/div>\n<\/div><\/section><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","tags":[],"portfolio_entries":[5],"class_list":["post-7688","portfolio","type-portfolio","status-publish","hentry","portfolio_entries-news-2"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio\/7688","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio"}],"about":[{"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/types\/portfolio"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7688"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio\/7688\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7688"}],"wp:term":[{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7688"},{"taxonomy":"portfolio_entries","embeddable":true,"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio_entries?post=7688"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}