{"id":7429,"date":"2015-10-29T13:01:04","date_gmt":"2015-10-29T05:01:04","guid":{"rendered":"http:\/\/weiling-gallery.com\/gallery\/?post_type=portfolio&amp;p=7429"},"modified":"2015-10-29T13:01:04","modified_gmt":"2015-10-29T05:01:04","slug":"expresi-minda-jasad-dan-jiwa-by-abd-aziz-itar","status":"publish","type":"portfolio","link":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/portfolio-item\/expresi-minda-jasad-dan-jiwa-by-abd-aziz-itar\/","title":{"rendered":"Expresi Minda, Jasad dan Jiwa by Abd. Aziz Itar"},"content":{"rendered":"<div id='artists-title'  class='avia-section av-av_section-142ff43b7600746a6e970fde5cf91c57 main_color avia-section-default avia-no-border-styling  avia-builder-el-0  avia-builder-el-no-sibling  avia-bg-style-scroll  container_wrap fullsize'  ><div class='container av-section-cont-open' ><main  role=\"main\" itemprop=\"mainContentOfPage\"  class='template-page content  av-content-full alpha units'><div class='post-entry post-entry-type-page post-entry-7429'><div class='entry-content-wrapper clearfix'>\n<div class='flex_column av-av_one_full-2a9015ff38129c418a3f2eafba3e9512 av_one_full  avia-builder-el-1  avia-builder-el-no-sibling  first flex_column_div '   ><section class=\"av_textblock_section \"  itemscope=\"itemscope\" itemtype=\"https:\/\/schema.org\/CreativeWork\" ><div class='avia_textblock  '  style='font-size:14px; '  itemprop=\"text\" ><p><span style=\"font-family: open sans thin; font-size: 25px; line-height: 24px; letter-spacing: 1px; color: #333333;\">Utusan Malaysia, 14 April 2008<br \/>\nExpresi Minda, Jasad dan Jiwa<br \/>\nby Abd. Aziz Itar<\/span><\/p>\n<div style=\"font-size: 14px; line-height: 24px; color: #666666; text-align: justify;\">\n<div id=\"attachment_7433\" style=\"width: 310px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><a href=\"http:\/\/weiling-gallery.com\/gallery\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/mbsiii-news-b1.jpg\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-7433\" class=\"size-full wp-image-7433\" src=\"http:\/\/weiling-gallery.com\/gallery\/wp-content\/uploads\/2015\/10\/mbsiii-news-b1.jpg\" alt=\"LIMA daripada pelukis yang mengambil bahagian dalam pameran Mind, Body &amp; Soul 3 di Wei-Ling Gallery, Kuala Lumpur hingga 30 April ini. Dari kiri, Chin Kong Yee, Kim Ng, Marvin Chan, Hamidi Hadi dan Chong Choon Woon.\" width=\"300\" height=\"163\" \/><\/a><p id=\"caption-attachment-7433\" class=\"wp-caption-text\">LIMA daripada pelukis yang mengambil bahagian dalam pameran Mind, Body &amp; Soul 3 di Wei-Ling Gallery, Kuala Lumpur hingga 30 April ini. Dari kiri, Chin Kong Yee, Kim Ng, Marvin Chan, Hamidi Hadi dan Chong Choon Woon.<\/p><\/div><\/p>\n<p>HANYA minda yang terbuka luas sahaja mudah untuk mentafsirkan pelbagai ruang lingkup dalam kehidupan hari ini yang bukan sahaja serba kompleks tetapi juga rumit untuk dihuraikan.<\/p>\n<p>Begitu juga dengan jasad manusia yang dilihat secara luaran mungkin belum mampu sepenuhnya untuk menggambarkan tentang apa yang telah ditonjolkan biarpun ia sudahpun terpampang di depan mata.<\/p>\n<p>Sementara itu, jiwa yang halus naluri pengamatannya pula merupakan kunci penting untuk menilai setiap objek yang muncul sama ada ia berbentuk zahir mahupun batin.<\/p>\n<p>Justeru, gabungan kekuatan minda, jasad dan jiwa yang kental mampu menzahirkan pelbagai makna termasuklah yang diekspresikan menerusi layar kanvas lukisan yang penuh dengan warna-warni.<\/p>\n<p>Menyedari betapa pentingnya kombinasi minda, jasad dan jiwa, Galeri Wei-Ling, Kuala Lumpur mengangkatnya menerusi pameran lukisan berjudul Mind, Body &amp; Soul 3 yang berkonsepkan tiga unsur tersebut.<\/p>\n<p>Pameran yang bermula 16 hingga 30 April ini akan menampilkan sembilan pelukis iaitu Ahmad Shukri Mohamed, Chin Kong Yee, Chong Choon Woon, Hamidi Hadi, Hamir Soib, Jolly Koh, Kim Ng, Marvin Chan dan Umi Baizurah Mahir.<\/p>\n<p>Setiap pelukis dilihat seboleh-bolehnya memaksimakan ruang kanvas yang tanpa had saiznya dengan mencurahkan apa yang mereka rasakan hasil gabungan daripada tiga elemen penting itu.<\/p>\n<p>Hamidi Hadi misalnya, melontarkan tentang apresiasi beliau tentang kehidupan yang bukan sahaja mencabar tetapi bakal mencetuskan kesan tersendiri pada kemudian hari.<\/p>\n<p>Pensyarah di Fakulti Seni Halus Universiti Teknologi Mara, cawangan Seri Iskandar, Perak ini menggunakan objek raut wajahnya menerusi lukisannya yang berjudul Berbahang.<\/p>\n<p>Bahang kehidupan terutamanya daripada apa yang dilaluinya ketika berada di Seri Iskandar &#8211; dengan cuaca panas yang membahang banyak mencetuskan inspirasi kepada beliau.<\/p>\n<p>\u201cKebetulan saya tinggal di situ di mana ia merupakan bekas lombong dan cuacanya agak panas. Bahang dan kepanasan itu saya gunakan sebagai metafora untuk diserlah menerusi lukisan saya itu,\u201d katanya ketika ditemui di Wei-Ling Gallery, Kuala Lumpur baru-baru ini.<\/p>\n<p>Bagi mendapatkan \u2018luahan rasa alam\u2019 beliau sanggup berdiri hampir sejam di tengah bahang hawa Seri Iskandar sebelum menyudahkan lukisannya itu.<\/p>\n<p>Material berbentuk cat enamel yang berwarna agak pekat dan gelap jelas memaparkan \u2018bahang\u2019 yang diluahkan menerusi potret berdasarkan wajahnya sendiri itu.<\/p>\n<p>Berbahang jelas memaparkan ekspresi wajah suram, kehangatan alam kesan pemanasan global dan luahan jiwanya yang memprotes krisis alam yang sedang berlaku di mana-mana ketika ini.<\/p>\n<p>Selain alam sekitar, keserakahan manusia yang sentiasa bergelora hingga mencetuskan naluri yang bersulamkan ransangan erotik turut menjadi tema dalam pameran lukisan tersebut.<\/p>\n<p>Pelukis Marvin Chan contohnya, cuba mengangkat elemen erotik yang selama ini sering ditafsirkan dengan gaya pemikiran berbau lucah, sebaliknya beliau cuba memutarkannya ke arah yang positif.<\/p>\n<p>Menurut beliau, biasanya para penonton sekadar melihat gambar yang dipaparkan daripada sudut yang boleh mencetuskan rangsangan seks.<\/p>\n<p>Sebaliknya, tidak ramai yang cuba mentafsir tentang makna sebenar di sebalik rangsangan naluri erotik yang digambarkan di sebalik sesebuah lukisan itu.<\/p>\n<p>\u201cSecara kasarnya, lukisan saya pada pameran ini menjurus kepada gambar yang boleh merangsang seks seseorang, misalnya menerusi gambar wanita bogel yang dipaparkan.<\/p>\n<p>\u201cTetapi itu semua mengikut persepsi serta penghayatan seseorang. Kalau boleh, saya mahu menjadikan elemen itu menjadi sesuatu yang positif mengikut apa yang ada di sebaliknya.<\/p>\n<p>\u201cContohnya, cerita di sebalik wanita berbogel itu. Antara yang saya dapati daripada model yang menjadi tunjang lukisan saya itu ialah dia (model) kata rimas kalau memakai coli,\u201d ujarnya yang menggunakan model sebenar bagi mendapatkan sumber inspirasi pada lukisannya itu.<\/p>\n<p>Sementara itu, bagi Kim Ng pula, dia cuba mengaitkan unsur kemanusiaan yang mempunyai kelebihan daripada segi minda, jasad dan jiwa dengan elemen kebendaan persekitaran di sekelilingnya menerusi lukisannya.<\/p>\n<p>Antara luahan rasa beliau itu diluahkan menerusi lukisannya yang berjudul City Dweller yang mengaitkan hubungan alam benda yang berbentuk pembangunan dengan evolusi manusia.<\/p>\n<p>Katanya, kesan pertembungan unsur kemanusiaan dan kebendaan itu terserlah menerusi pembangunan perumahan yang semakin berleluasa hingga mengabaikan unsur tradisi dan warisan zaman lampau.<\/p>\n<p>\u201cDalam lukisan itu, saya gambarkan objek seorang manusia di samping sebuah bangunan lama yang seakan-akan semakin terpinggir kerana desakan arus pembangunan dan pemodenan.<\/p>\n<p>\u201cBanyak yang boleh ditafsirkan menerusi lukisan itu di mana ia jelas menggambarkan tentang fenomena yang sedang berlaku sekarang ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Apa yang dinyatakan oleh tiga pelukis itu hanyalah sekelumit daripada isu-isu yang mereka luahkan menerusi kanvas lukisan berkaitan gabungan elemen minda, jasad dan jiwa manusia.<\/p>\n<p>Sebab itu, terlalu banyak pemikiran yang boleh dikaitkan dengan tema yang diketengahkan menerusi puluhan lagi lukisan pada pameran tersebut untuk dirungkai serta dihayati pengertiannya.<\/p>\n<p>Pameran Mind, Body &amp; Soul 3 dibuka kepada orang ramai mulai 16 April ini setiap hari dari pukul 12 tengah hari hingga 7 malam kecuali Ahad dan cuti umum.<\/p>\n<\/div>\n<\/div><\/section><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","tags":[],"portfolio_entries":[5],"class_list":["post-7429","portfolio","type-portfolio","status-publish","hentry","portfolio_entries-news-2"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio\/7429","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio"}],"about":[{"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/types\/portfolio"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7429"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio\/7429\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7429"}],"wp:term":[{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7429"},{"taxonomy":"portfolio_entries","embeddable":true,"href":"https:\/\/dev08.mm-sb.com\/web04\/wp-json\/wp\/v2\/portfolio_entries?post=7429"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}